Friday, February 25, 2011

Cross Country 2011, SMK Jalan Tiga

Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku dapat nombor 20 dalam merentas desa. Nombor ong M1060. Orang mesti cakap "eleh minah ni 20 padahal bukan 2 pun" sekurang-kurangnya aku ada nombor juga kenn. Sebenarnya aku dah cadang dengan dyba semua taknak lari, cuma nak jalan lenggang kangkung aja. Tiba-tiba aku rasa macam nak lari, aku tinggalkan dyba dgn nana. Dengan tak makan pagi aku bantai lari ajalah. Macam nak pengsan pun ada tahu? Dalam hati aku cakap lek fea lek sikit je lagi nak sampai haha sampai juga akhirnya dekat last check point. Budak pas pas air sampai dekat aku memang aku minum terus sejuk tak sejuk minum je, kisah apa aku. Lama lah juga aku tunggu si dyba dengan nana. Haha unbelievable right? 20? oh-em-gee! tapi hari ni bosan sikit sebab Dila tak datang suspek denggi :( poba kata demam teruk gila. Then sorang datang semua macam taknak datang, macam takda dila bosan dengan kitorang. Bapak terasa doe aku. Kalau ada dila mesti lagi bestt hihi


Wednesday, February 23, 2011

Korang Kene Baca Ni

Sila baca blog kakak ni, IT'S ABOUT A SONG FOR DAJJAL. Penting korang kene baca kalau tak korang asyik dok nyanyi lagu ni -.-

Kehidupan seharian

Semalam baba suddenly sakit kuat, terkejut juga aku baba tak pernah sakit macam tu. Kembalikan lah baba yang sihat :( lepas bawa baba pi klinik aku tidur lah penat, sampai senja habis penat ha, hihi. Malam punya gopoh siapkan hw yang nak kene hantar besok, bapak lah banyak siot. Tengah rajin buat adik aku ajak pi pasar malam kene lah bawa juga kan.

Dah habis beli semua pi tempat parking, nak reverse kereta ada mamat mamat ni pandang sengih sengih, EWWW tolong lah. Tengah drive pandang side mirror tengok diorang dekat belakang konon nak potong hahaha takda can aku bagi kat diorang aku halang jalan :D terrer tak terrer haha. dah kenyang bagai aku sambung buat kerja balik. sampai tang math aku dah blank mata dah berat terus aku tidur.

Dah baring atas katil tak boleh tidur, i keep thinking bout this guy :/Aku asyik cakap sorang sorang*dalam hati lah tapi* bilalah kau nak call aku? dah lama tak call, i miss your voice and your laugh*sigh. Aku terlelap, baru nak lena tidur adik aku kejut dia kata ada orang tak kenal then aku angkat and guess what? It's Alex! hihi. Yang tak bestnya bila dia call aku blank=segan nak cakap dgn dia haha. Yeahh lena tidur weh :p

Sunday, February 20, 2011

MKL

Dia tegur aku, and I was like Oh-Em-Gee! kau betul betul online ke apa? Wake up fea dia memang betul online. Sedap rasa mencarut dengan aku padahal gurau aja pun kata dia fly -___- as you can see that dialog, dude jujur aku cakap aku memang ada hati dekat kau. Kau sendiri tahu kau dah berpunya. Please jangan mainkan perasaan aku :/



Saturday, February 19, 2011

Wish List

Wish List

#1 Make Umi and Baba proud of me.

#2 Get a better result (Sijil Penilaian Malaysia)

#3 Get to spend more time with my babesss of course

#4 Keep on dreaming and chasing my one and only NAZ.

#5 Trying to memorise piano lessons through YouTube (Y)

#6 Driving licences

#7 Convince my baba to buy me a new lense for Nikon (18-200mm)

#8 I wanna Volkswagen New Beetle eventhough semua dah minat Mini Cooper kan, kisah apa aku? kalau tak dapat pun red Swift pun jadi *keningkening


Can I Have That? :)

Gimme the Moneeeeeeeey!

UMIIIII! I want this effing shoes so much! this 26 of February along ajak pi subang parade. Kata dia ada jual barang vintage, and i am so on to go there hahaha. Baba bagilah angah keluar kay sabtu depan 0:)

The loveeeeee ♥


When you meet someone who makes you laugh for hours about the stupidest things, you know you've found your Best Friend. And yeah i've found mine too, Nur Adila and Nur Adiba or what i call is my double D ♥ they always be my side whenever i need it. I LOVE YOU GUYS !

Friday, February 18, 2011

#Friday

Semenja dua menjak ni taktahu kenapa aku asyik bangun pukul 530 tepat WEIRDO ~~ pagi tadi lepas baca yassin, ada ceramah Maulidur Rasul. Sampai part bosan aku tidur part best aku bangun haha. Di akhir ceramah ustaz suruh pejamkan mata, dalam hati aku dah agak mesti nak buat orang menangis and yeahh aku menangis.

Hari ini belajar sains dan agama je. Bm cikgu langsung tak masuk, sibuk agaknya. Dah kalau cikgu tak masuk waktu akhir memang tak terurus lah kelas aku, lagi lagi the guys haha. Tengah khusyuk dok main game dekat Besta milik Aiman J, tiba-tiba dorang macam pelik"kau lah buat eh asal aku pula bla bla bla*lebih kurang mcm tu lah haha di sebabkan mereka bergurau haha batang penyapu tercampak jatuh atas kereta Camry hitam. Dengar kata ada kemek sikit tktahu lah betul ke tidak. Sampai aku nak tengok kereta tu dah takda -..- haihh

Aku kempunan nak makan fries sebelum balik dah cakap dengan dila kat depan nanti teman beli fries. Dah lah jauh nak kedepan tu tambah lagi dengan panas matahari memang peluh lah kan. Kelihatan kereta bmw kepunyaan umi tapi dibawa oleh baba cehh haha sedang menunggu ketibaanku LOL. Aku beli dulu fries, terkejut habis baba yang jadi jurujual dekat situ hahaha. Segan tak segan haha. Baba sporting tolong makcik tu jual aja pun :P dila dah gelak plus dia cakap dkt baba sejak bila uncle buka gerai? hahaha. Rugi dyba takda :/

Wednesday, February 16, 2011

Worst Day Ever

Hari ini pagi pagi dah moody, adik aku buat hal. Sampai sekolah aku senyap sekejap, disebabkan taktahan dengan dorang yang asyik gelak, aku pun join sekali cerita semua yang lawak bagi hilang sekejap moody aku tu. Hari ini ialah hari mengenal trek bagi merentas desa pada 25 Februari tak silap. Sudah menjadi adat dalam hidup aku, aku tak lari aku jalan aja haha. And yeah aku dan kawan aku orang paling lambat :)

Okayy back to the title, aku tak kisah lah kau nak baling batu ke apa*kalau boleh amek batu lagi besar kayy. Tapi kau baling tak kene masa weh. Aku tak faham apa masalah korang sebenarnya. Dah kalau tak puas hati dengan aku dan kawan aku or maybe dengan aku je, cakap aja depan aku then settle lah kan. Aku tak kesah lah setakat nak jeling ke nak jerit aku okay, kalau dah sampai body contact agak lah weh. Besar sangat ke salah aku buat dekat kau? Tolonglah -'- Aku dengar cakap umi, biarkan dorang nak buat apa, kita sabar je. Kau yang buat aku nak tulis pasal benda ni.

Dude if you don't like my attitude? call 1-800-Kiss-My-Ass :)


Monday, February 14, 2011

Orange Caramel LOL


Pagi pagi dah dengar gossip about this girl, sumpah tak boleh belah cita-cita dia nak jadi FA, oh please. Bukan aku jealous tapi kelakar lah weh hahaha. Tapi takpa lah dah cita-cita kau kan tak boleh buat apo dah :)

Back to the story, dila bagitahu aku dengan dyba salah sorang dari kawan boyfriend dila cakap kitorang ni macam "Orange Caramel" <-- Korean girl so aku tak kenal sangat haha. Habis gelak aku dengar dila cerita macam tu. Dorang cakap dimana ada aku, dila and dyba mesti ada. Pi mana mana bertiga aja.


Habis jauh beza dengan kitorang hahahaha. Satu aja sama, kitorang 3 orang so do Orange Caramel :) kalau ye pun nak bandingkan jangan lah amek korea aduhh haha

Friday, February 11, 2011

11022011

Suppose hari ni hari yang indah cehhh haha, tapi lain jadinya. Stalker terhebat kau ni suka kau aku macam ni kan?

Too Much of Drama Today -..- pffft

Tuesday, February 8, 2011

LMAO


Kelas tambahan ICT hari ni takda cos our mamu haha tak datang, sunggu bosan dengar cikgu kaunseling bebel dalam kelas. So aku dila dyba follow the other three girls keluar konon nak amek paper haha. Padahal kitorang merayau satu sekolah borak dengan cikgu sains saja teman dia sebab dia bosan sorang sorang haha. Act kitorang cari guru bertugas sebab dila jumpa duit RM1*halah seringgit aja pungg. Kitorangkan baik hati so pi lah cari cikgu tu hahaha. Dah nak dekat 1230 still tak masuk kelas aku dah kecut perut plus dila dgn dyba boleh cek kasut orang buat lagu lagi tuu --' yang aku ni tengah takut kene marah diorang boleh buat lek nyanyi lagu SPAKO-LAND hahaha. Dah masuk kelas buat buat dah dapat kertas, the boys saja nak kenekan kitorang cakap "mana kertas korang?" pffft --'

Cikgu masih potpet dan masing masing buat hal diorang. Ada yang main sep sep tom tom, ada yang tidur, ada yang baca novel cinta*yuckss jiwang haha and ada yang bergosip tak habis <-- ME haha. Dila cakap dia nak turun minum jap dyba and i was like YIPPY! finally dila turun juga lepak dengan kami berdua cehhh and plus dila's bodyguard pung ada haha. Almost 130 dila nak naik bertemankan bodyguard dia*such a sweet guy rite? hihi. Macam biasa aku dan dyba jalan lah sampai rumah dyba. Suddenly baa tergelak kuat sebab aku nyanyi kot HAHAHA ada dua budak comel ni terus pandang belakang.

Me: pelikkan kakak ni dik?
Adik comel: ha'ah akak pun pelik juga
*siot aku pun kene
Me: kakak cantikkan? hahahaha
Adik comel: ....kakak comel. Kakak macam cinaaa!
Dyba: dia memang cina pun saja pakai tudung
*hahahaha baa lagi pi auta keling dgn budak ni
Adik comel: kakak sorang ni macam teddy bear!
Dyba: HAHAHAHA dia cakap aku macam teddy bear wehh

Dah malas layan aku jalan laju dyba follow belakang. Dah jauh sikit budak tu jerit NUR AQILAH! dyba tak pandang. Dia jerit lagi nama tu dyba pun pandang lah haha budak tu cakap "haa betul lah nama dia" then jerit KAKAK CINA! aku pandang diorang plus lambai and senyummm haha. Kuranghasam betul dyba gelak gelak. Aku sambung lagi cerita aku dekat baa, memang setiap hari gelak kami ni kan kan? hehehe

Monday, February 7, 2011

ASDFGHJKL :D


Monday is a tired day, even my teacher said so haha. Dalam kelas bahasa inggeris teacher hawa suruh buat informal letter to your friend about heart matter. Konon kawan kita ni dalam dilema cinta tiga segi haha tak boleh belah. Teacher tanya sorang sorang, dia main petik je nama. Tup tup aku yang kene -.- so aku bangun lah then teacher ask me

TH : do you have a secret admire/crush?*something liddat
ME : Yes
TH : so how did you treat you secret admire/crush? Is it treat him nicely?
ME : Yeaaaah
TH : okay thank you iman, sit down

*dalam hati aku cakap of course lah kan layan dia elok? hahaha

Teacher tanya memang kena dengan masa aku doe, tahu tahu je aku tengah crush dekat sorang mamat ni*abang manis hoho. Then teacher tanya budak *&^%$ ni pula, rasa macam nak tumbuk je muka dia. Baa dah tendang tendang kerusi aku hahaha. Dila dgn dyba bengkek je dia cakap tak pernah ada crush, TAK PERNAH BABE! haktuih dia --' aku buat muka je lah kan. Lepas beberapa orang kene soal teacher suruh buat essay hantar before rehat haha memang tak ah, ceq hantar besok lah kayy hehe.

Masa bm pula kene buat karangan juga pasal Rokok bagai. Cikgu pun cakap pasal lelaki dan perempuan. Aku bisik dekat dila *asal doe hari ni cerita pasal teenage problem? then dila cakap entah lah doe -.- cikgu tanya budak perempuan 'korang suka tak bakal suami korang hisap rokok?' semua geleng hahaha. Then kawan sebelah aku cakap 'so ada orang tu tak sayang lah boyfriend dia kan kan kan?' hahah dila buat muka. nasib baik cikgu bagi salin contoh karangan tu hahaha :D

Otw balik rumah baa aku cerita lah semua pasal si dia. Takut juga lah nak cerita cos dia kawan dgn gf 'dia'. Baa kata dia okay takkan nak aniaya aku kan? hihi tengah makan cerita*ASDGFHKL hihi sampai tak habis makanan aku, dyba nak balik dah aku biar je makanan tu sebab dah kenyang. Sampai lah dekat rumah aku cerita tak habis habis hahaha. Gelak pun macam apa je kitorang. I wish dila was there :/ takpa besok besok ada lagi dengan dila :)


Sunday, February 6, 2011

Angan angan tak tercapai


Hari ni aku bangun awal, tiba tiba awal pelik betul. Aku mimpi pasal dia, aku terjaga aku menangis :/ rasa macam nak tidur balik*tidur lama lama. Then i check my phone only Mr.Max texting me haha. Dah bosan pandang siling, aku gosok gigi basuh muka turun bawah. Turun bawah aku cari buku MATH haha. Umi pelik je tak pernah pernah aku buat kerja pagi mcm ni. Hampir siap ada beberapa soalan aku tak reti buat aku biarkan aku tunggu along bangun. Dah taktahu buat apa aku pi dekat pc, buka muka buku merapu sorang sorang. Aku biarkan skype aku on. Tengah duk cari lagu ada orang IM fb aku, aku biarkan je. Then ada orang tegur dekat skype, aku tengok abang manis tegur Ingat nak touching dengan dia haha, tak boleh ah rindu dia hahaha. Sebab harini dia nak balik asrama dah :/ cuti minggu ni best seminggu dapat text dengan dia, hari hari aku happy hehe :P

Saturday, February 5, 2011

Berubah untuk masa yang akan datang haha

Tanggal 30 Januari 2011, buat pertama kali aku pakai tudung keluar pakai tudung i mean hijjab haha. Actually pergi seminar dekat UM aja pungg. And thanks to along ajar cara nak pakai mmuahhh :* sayang along HAHA tapi agak serabai sikit lah aku pakai, aku main lilit je haha so jadi lah mcm ni -->



haha kelakar kan? Aku cuba untuk berubah ke jalan itu*cehhh haha. taufiq dah sampai hidayah otw nak sampai haha. Korang tunggu je lah isz yang baru kayy? Hehe

Wednesday, February 2, 2011

A day before Chinese New Year

Hari ni ingat nak jumpa dia buat kali terakhir dalam bulan Feb*cehh hahah tapi dia tak boleh keluar kan? so takpa lah. On the way nak pi mid aku naik train --> ladies coach, then ada lah mangkuk ayun yang tak faham bahasa pi masuk ladies coach memang aku cakap kuat kuat 'apa bebal sangat dorang ni? Tak nampak ke terantantang gambar perempuan dekat pintu tu?' -.- ada yang pandang aku lepas aku cakap macam tu. Halah kisah apa aku haha. Dah sampai mid pi cari junior along yang sama baya dengan aku. Pastu diorang hilang tah ke mana so aku dengan alang je lah tunggu sab, syakiron and teha. Alang dah rasa lapar so kitorang pun pi foodcourt cari makanan. Aku suruh aja alang beli apa apa asalkan aku makan haha, yeah dia pegi beli aku jaga meja. Then ada aunty ni tanya ada orang tak then i said no. Aunty ni tegur lagi

A: Are you chinese?
me: No i'm malay.
A: Oh i thought you chinese no wonder lah still ada dekat shopping mall, sebab petang ni diorang makan besar kan? :)
*aku senyum aja hahaha

Dalam pukul 2 masih tunggu anak dara 3 orang ni, call tak angkat bagai. Sejam tunggu baru diorang call tanya dekat mana, sabar je aku hahaha. Lepastu si sab lapar. Dia nak makan tempat mahal tak nak makan dekat foodcourt, haish mengada adik aku sorang ni hahaha. So pusing pusing dekat Gardens takda, otw pi Mid balik ada satu restaurant nama Gardens juga, tempat ni romantik sangat*for those nak dating tempat romantik saya syorkan tempat tersebut hahaha. Sejam minum dekat situ along dah call suruh tunggu dekat ktm, kitorang pun kelam kabut lah pi sana tengok batang hidung dia pun tak nampak. Tunggu jap 5 minit then dia call aku, kinda lost hahaha. Memang aku bengang lah dgn dia, sorry lah along termarah kau reti pegi tak reti balik HAHAHA. Then i saw my ex-boyfriend, aku nak cover muka yang tengah marah tak sempat dia pandang aku sambil senyum punn haha aku pun balas lah senyum dia balik :) heee. Tunggu train dekat mid memang sardin tak boleh buat apa. Certain oran malaysia ni tak faham bahasa, biar orang dalam keluar dulu baru kita masuk ni tak kau nak bertolak juga nak masuk, pffft --' aku kene tolak sikit takpa aku senyap lagi dah ada orang pijak kasut aku memang aku jerit lah kan pedas punya aku cakap "Weh kau pahal nak tolak tolak? Sabar ah orang belum habis keluar*bodoh punya perempuan" then ada sorang kakak ni back up and she said "use your brain lah girl orang tak habis keluar lagi" aku pandang slek je dekat minah 2 orang tu, kisah apa aku hahaha. Finally after berasak asak dalam train sampai juga bangi :D hee